
Artikel
Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Dymm Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan
Kuala Pilah, 28 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Hussain dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Oth...
Kuala Pilah, 28 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Hussain dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Masjid Jamek Yam Tuan Raden, di sini.
Seusai berbuka puasa, baginda berdua bersama tetamu jemputan menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Imam 4 Masjid Jamek Yam Tuan Raden, Imam Muhammad Burhanudin. Manakala solat Isyak dan Tarawih telah diimamkan oleh Imam 1 Masjid Jamek Yam Tuan Raden, Imam Mohd Nasrul Hakim Md Nasir.
Sebelum berangkat pulang, baginda telah bercemar duli menyampaikan sumbangan kepada 53 penerima asnaf dan anak yatim dalam Daerah Kuala Pilah.
Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yusof bersama isteri merangkap Pengerusi PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan, DSP Datin Erny Yusnida Che Yussof, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Hj. Mohd Ghani, wakil-wakil jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sembilan.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryan Mustin.