
Kpn Buat Kunjungan Hormat Kepada Rakan Sejawat Di Thailand
Bangkok, 6 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi tiba di Ibu Pejabat Royal Thai Police bagi membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya Commisioner General of the RTP, Police General Torsak Sukvimol, di sini.
Kunjungan hormat tadi turut dihadiri oleh delegasi Polis Diraja Malaysia yang lain iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin, Ketua Polis Kedah, CP Dato' Fisol Salleh, Ketua Polis Perak, CP Dato' Pahlawan Hj. Azizi Hj. Mat Aris, Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim dan Ketua Urus Setia KPN (Antarabangsa), SAC Dato' Pahlawan Suparamaniam Ramasamy.
Tan Sri Razarudin bersama delegasi yang tiba di Bangkok semalam bagi mempengerusikan bersama Police General Torsak dalam 27th Departmental Review of Joint Thailand-Malaysia Working Committee Meeting on Criminal Activities sehingga 8 Ogos depan.