Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Bertemu Pengarah Urusan Tinjau Operasi Harian Pasar Raya Besar Mydin

Diterbitkan: 08 Feb 2024 11.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Subang Jaya, 8 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini meluangkan masa bertemu degan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali Mydin di Ibu Pejabat Mydin USJ dekat sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-bertemu-pengarah-urusan-tinjau-operasi-harian-pasar-raya-besar-mydin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:19 MYT
Subang Jaya, 8 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini meluangkan masa bertemu degan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali Mydin di Ibu Pejabat Mydin USJ dekat sini.

Ketibaan beliau di Ibu Pejabat MYDIN kira-kira jam 3.30 petang tadi turut disambut oleh Pengarah Eksekutif Mydin, Encik Ahimmat Mydin, Pengarah Rantaian Bekalan Mydin, Encik Rizal Salim dan Pengurus Operasi Mydin, Encik Vishnu Varthana Subramany.

Dalam pertemuan tadi, Tan Sri Razarudin telah diberikan taklimat operasi harian pasar raya besar Mydin dan dibawa meninjau persekitaran oleh Datuk Wira (Dr.) Ameer sebelum diiringi ke aras tiga premis berkenaan untuk beramah mesra serta mengadakan sesi dialog dengan warga kerja Mydin.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abdul Manan, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Bukit Aman, DCP Dato’ Pahlawan Anuar Othman, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad serta Ketua POLIS DAERAH SUBANG JAYA, ACP Wan Azlan Wan Mamat.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 14 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people, dais and text that says 'MYDIN MYDIN MYDIN MYDIN MYDIN MYDIN'

May be an image of 11 people, newsagent and text



ArtikelDiterbitkan 08 Feb 2024 11.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM