Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Bersama Warga Pdrm Tunai Solat Jumaat Dan Hajat Doakan Kesejahteraan Yang Di Pertuan Agong

Published: 14 Feb 2025 10.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 14 Februari 2025 – Bersempena dengan keberkatan bulan Syaaban, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat di Masjid Bukit Aman bagi mendoakan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-bersama-warga-pdrm-tunai-solat-jumaat-dan-hajat-doakan-kesejahteraan-yang-di-pertuan-agong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT
 
Kuala Lumpur, 14 Februari 2025 – Bersempena dengan keberkatan bulan Syaaban, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat di Masjid Bukit Aman bagi mendoakan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Majlis ibadah ini dilakukan sebagai tanda kesetiaan dan seterusnya mendoakan kesejahteraan, kesembuhan serta keafiatan kepada Seri Paduka Baginda yang menjalani rawatan di luar negara baru-baru ini.

Terdahulu ketibaan Tan Sri Razarudin di pekarangan masjid disambut barisan Pengarah PDRM dan Ahli Jawatankuasa Masjid Bukit Aman.

Khutbah bertajuk “Nisfu Syaaban, Persiapan Menyambut Ramadan” serta solat Jumaat dan hajat tadi dipimpin oleh Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Hj. Mohd Helmi Zakaria dengan kehadiran lebih 600 jemaah.

Antara inti pati khutbah yang disampaikan adalah menekankan kepentingan memanfaatkan bulan Syaaban sebaik mungkin sebagai persiapan menyambut Ramadan yang penuh keberkatan. Selain itu, ia juga mengajak umat Islam untuk mensyukuri nikmat kesihatan dan masa yang dikurniakan agar dapat menuju ke bulan berpuasa dengan keimanan dan ketakwaan yang lebih mendalam.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin bersama para jemaah turut mendengar tazkirah tentang kelebihan Nisfu Syaaban serta kepentingan doa dalam kehidupan seharian yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Insan Subhi.

Hadir sama, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato' (Dr.) Johari Abdul dan ahli-ahli kariah.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 5 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 12 people, dais and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 4 people and text

ArticlePublished 14 Feb 2025 10.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM