Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Bersama Warga Pdrm Muafakat Anjur Ibadah Korban Dengan Myfundaction

Diterbitkan: 29 Jun 2023 5.54 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.23 PM
Kuala Lumpur, 29 Jun 2023 - Seperti mana kelaziman setiap tahun, Masjid Bukit Aman bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, MyFundAction menganjurkan ibadah korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut rakyat Malaysia, pagi ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-bersama-warga-pdrm-muafakat-anjur-ibadah-korban-dengan-myfundaction
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:59 MYT
Kuala Lumpur, 29 Jun 2023 - Seperti mana kelaziman setiap tahun, Masjid Bukit Aman bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, MyFundAction menganjurkan ibadah korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut rakyat Malaysia, pagi ini.

Sebanyak 14 ekor lembu dan kambing dikorbankan dengan seekor daripadanya dibuat aqiqah oleh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri.
Simbolik permulaan ibadah pagi tadi disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dengan menyerahkan pisau sembelihan kepada Timbalan Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud yang mengetuai ibadah korban.

Ibadah korban di Masjid Bukit Aman dilakukan secara gotong-royong oleh kira-kira 50 warga kerja Pasukan dengan MyFundAction bermula dari proses sembelihan, pemotongan dan agihan daging yang dijadikan pek korban sedia dimakan menggunakan teknologi "retort" untuk menjaga kualiti daging sehingga boleh bertahan selama dua tahun.

Selain menjadi wadah untuk mewujudkan hubungan silaturrahim antara warga Pasukan dengan golongan yang memerlukan, ibadah korban itu juga mampu mengeratkan ukhuwah sesama Muslim di kalangan kariah Masjid Bukit Aman.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin yang tiba di Masjid Bukit Aman kira-kira jam 8.15 pagi menyertai warga PDRM menunaikan solat sunat Aidiladha dan mendengar khutbah bertajuk 'Menghayati Falsafah Ibdah Korban' yang disampaikan khatib, Dato' Hj. Ghazali sendiri.

Hadir sama, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Mohd Khalid Ismail, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Aidi Ismail, Ketua Urus Setia (Penyelidikan dan Pembangunan), CP Dato’ Mohd Hishamudin Tahar, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, CP Dato' Nerita Yaacob, Pengasas dan Penasihat Utama MyFundaction, Dr. Hj. Mohd Hizul Azni Hj. Mohd Noor dan Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus dan Kepolisan Am) JIPS Bukit Aman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Bukit Aman, SAC Afandi Senin.

Jurugambar: Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 4 people and text

May be an image of 2 people, Bactrian camel and text

May be an image of 3 people and dais

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 15 people, headscarf and dais

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 10 people, hospital and text


ArtikelDiterbitkan 29 Jun 2023 5.54 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.23 PM