Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Bersama Timbalan Kpn Hadir Perhimpunan Bulan Mac 2024 Dan Majlis Penerapan Nilai Nilai Murni Kdn

Diterbitkan: 21 Mar 2024 2.44 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 21 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Perhimpunan Bulan Mac 2024 dan Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diadakan di Dewan Auditorium, Kompleks Setia Perkasa, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-bersama-timbalan-kpn-hadir-perhimpunan-bulan-mac-2024-dan-majlis-penerapan-nilai-nilai-murni-kdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:05 MYT
Putrajaya, 21 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Perhimpunan Bulan Mac 2024 dan Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diadakan di Dewan Auditorium, Kompleks Setia Perkasa, di sini.

Perhimpunan bulanan yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu dihadiri oleh warga kementerian dan jabatan serta agensi di bawahnya.

Berucap dalam perhimpunan tersebut, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyeru kepada seluruh keluarga besar KDN untuk melaksanakan pelan tindakan dengan lebih efektif dan menasihatkan warga kerjanya untuk sentiasa berkerjasama bagi mengukuhkan semangat "esprit de corps" di antara satu sama lain.

Seusai perhimpunan bulanan, program diteruskan dengan Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni yang dimulai dengan sesi penyerahan Surat Keputusan Permohonan Kewarganegaraan kepada 20 individu yang berkelayakan, selain menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 152 warga KDN sementara menunggu waktu berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) KDN, Datin Seri Norhayati Musa dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.
Selain menerapkan nilai-nilai murni sempena memuliakan bulan Ramadan, majlis itu juga bertujuan mengeratkan ukhuwah khususnya antara pucuk pimpinan dan agensi-agensi bawah KDN bersama.

Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, barisan Timbalan KSU KDN, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd. Manan dan Ketua-ketua jabatan serta agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 10 people and dais

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 9 people and dais

May be an image of 9 people, headscarf and text

May be an image of 1 person and dais

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 3 people and dais

May be an image of 9 people, dais and text

ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2024 2.44 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM