Article
Kpn Bersama Perkumpulan Perempuan Ke Program Kunjung Mesra Muzium Pdrm
Saya merasa amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran delegasi daripada Sri Aman, Kulim. Saya berharap hubungan silatulrahim antara kita akan terus berke...
Bukit Aman - 9 Mac 2012
Dalam kesibukan jadual tugas hakiki dan isu-isu semasa negara tidak menjadi penghalang bagi YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara untuk meluangkan masa bersama Delegasi Perkumpulan Perempuan (WI) Cawangan Sri Aman, Kulim, Kedah dalam satu Program Kunjungan Mesra Ke Muzium Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur.
"Saya merasa amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran delegasi daripada Sri Aman, Kulim. Saya berharap hubungan silatulrahim antara kita akan terus berkekalan", ujar YDH Ketua Polis Negara dalam ucapan ringkas, pagi ini.
Turut mengiringi sepanjang lawatan beliau adalah YDH Supt. Syed Zainal Abidin bin Syed Zin, Kurator Muzium PDRM. Dalam lawatan itu, delegasi telah dibawa melawat tempat yang menarik di dalam galeri pameran, antaranya adalah tayangan video sejarah awal penubuhan pasukan polis, koleksi pakaian lama pasukan polis, koleksi senjatapi dan senjata berjadual yang telah dirampas semasa darurat, koleksi barang-barang kelengkapan tentera Jepun, koleksi pingat-pingat anugerah, tokoh-tokoh anggota polis dan ruangan lipatan sejarah Balai Polis Kepong.

YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara tiba di Muzium PDRM

YDH Ketua Polis Negara beramah-mesra dengan delegasi

Bergambar kenangan..

Anggota-anggota Balai Muzium PDRM memberi tanda hormat ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Majlis dimulakan dengan bacaan doa

Salah seorang peserta delegasi mempersembahkan lagu 'Perwira'

YDH Ketua Polis Negara menghadiahkan sekuntum ros kepada Subainah..

Sepatah dua kata daripada YDH Ketua Polis Negara

YDH Ketua Polis Negara turut mempersembahkan sebuah lagu menghiburkan delegasi

Penyampaian Cenderahati kenangan
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo