Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Bersama Pengerusi Perkep Malaysia Hadir Majlis Sambutan Rasmi Pm Jepun Ke Malaysia

Published: 10 Jan 2025 6.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 10 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman menghadiri Majlis Sambutan Rasmi Perdana Menteri (PM) Jepun, H.E Mr. Shigeru Ishiba ke Malaysia yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-bersama-pengerusi-perkep-malaysia-hadir-majlis-sambutan-rasmi-pm-jepun-ke-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:14 MYT
 
Putrajaya, 10 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman menghadiri Majlis Sambutan Rasmi Perdana Menteri (PM) Jepun, H.E Mr. Shigeru Ishiba ke Malaysia yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Ketibaan H.E Mr. Ishiba bersama isteri, Madam Yoshiko Ishiba pada jam 9.00 pagi telah disambut oleh PM, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail sebelum pemeriksaan kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja disempurnakan.

Turut hadir menyambut sama ialah Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kunjungan H.E Mr. Ishiba ke Malaysia selama dua hari (9 hingga 10 Januari) adalah merupakan lawatan sulung rasmi beliau sejak menjawat jawatan PM Jepun yang ke-102 pada Oktober tahun lepas.

Seusai majlis, Dato’ Seri Anwar yang mengiringi H.E Mr. Ishiba turut memperkenalkan barisan menteri kabinet dan pengurusan tertinggi kerajaan.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 6 people and dais

May be an image of 12 people, wedding and dais

May be an image of 5 people and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 3 people, monument and text

ArticlePublished 10 Jan 2025 6.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM