
Article
Kpn Bersama Kepimpinan Tertinggi Pdrm Serikan Program Berselawat Peringkat Bukit Aman 1446 Hijrah 2024 Masihi
Kuala Lumpur, 18 Oktober 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama kepimpinan tertinggi Pasukan hadir menyerikan Program Polis Diraj...
Kuala Lumpur, 18 Oktober 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama kepimpinan tertinggi Pasukan hadir menyerikan Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berselawat Peringkat Bukit Aman 1446 Hijrah/ 2024 Masihi yang diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman di sini, pagi tadi.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengajur.
Program tersebut dimulakan dengan alunan selawat dan qasidah sebagai tanda cinta ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah diketuai oleh Kumpulan Nasyid Ar-Rayyan.
Kemudian ia diteruskan dengan tausiyah khas yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr. Luqman Hj. Abdullah.
Seusai majlis, Tan Sri Razarudin turut menyampaikan cenderahati kepada penceramah yang sangat berkaliber dalam menyampaikan ceramahnya yang mana ia telah menjentik hati setiap mereka yang hadir supaya terus menghidupkan amalan selawat, zikir dan munajat.
Hadir sama dalam program diadakan ialah barisan Timbalan Pengarah dan sebahagian warga kerja PDRM.
Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri






