Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Bersama Barisan Kepimpinan Pdrm Hadir Perhimpunan Bulanan Kdn

Published: 14 Sep 2026 9.40 AM
(Putrajaya, 14 September 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi September 2026 di Auditorium, Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-bersama-barisan-kepimpinan-pdrm-hadir-perhimpunan-bulanan-kdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:52 MYT
Putrajaya, 14 September 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi September 2026 di Auditorium, Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, di sini.

Perhimpunan anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dalam amanatnya menyeru warga KDN dan agensi di bawahnya supaya terus memperkukuh semangat kebersamaan serta melaksanakan tanggungjawab dengan amanah demi kepentingan rakyat dan negara.

Pada majlis sama, beliau bersama Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid dan tetamu kehormat menyempurnakan Pelancaran Manual Kawalan Keselamatan dan Operasi RELA (MKKOR) serta RELA Anti-Corruption Strategies (RACS) 2026–2030. Majlis turut menyaksikan penyampaian Sijil ICDL AI Essentials kepada 24 pegawai KDN dan agensi di bawahnya.

Seusai perhimpunan, Datuk Seri Saifuddin Nasution seterusnya ke Peluncuran AI Digital Human di Lobi Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman, barisan Timbalan Ketua Setiausaha KDN serta ketua-ketua pengarah jabatan dan agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Basri dan Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri.

\










ArticlePublished 14 Sep 2026 9.40 AM