Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Bersama Barisan Kepimpinan Pasukan Uji Kemahiran Menembak Di Pga Cheras

Published: 28 Jul 2023 1.56 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 28 Julai 2028 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguji kemahiran menembak masing-masing di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, Cheras di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-bersama-barisan-kepimpinan-pasukan-uji-kemahiran-menembak-di-pga-cheras
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:17 MYT
Kuala Lumpur, 28 Julai 2028 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguji kemahiran menembak masing-masing di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, Cheras di sini, petang tadi.

Ketibaan Tan Sri Razarudin kira-kira jam 3.30 petang disambut oleh timbalannya, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan barisan Pengarah PDRM.

Kesemua peserta telah diberikan taklimat keselamatan oleh Pegawai Lapang Sasar, ASP Rahman Bidin sebelum sesi ujian dilaksanakan yang melibatkan tiga acara iaitu “Centre Fire Shooting” (individu), “Falling Plate Shooting” (berpasukan) dan “VVIP Shoot Off”.

Penganjuran acara tadi bukan sahaja telah mempamerkan kemampuan dan kemahiran pucuk pimpinan Pasukan dalam mengendalikan senjata api dengan baik, malah turut mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Turut sama dalam sesi ujian tadi ialah barisan Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Penolong Pengarah, Komander Briged Tengah PGA, SAC Zulkifli Jonit dan para pegawai kanan.

Jurugambar: Lans Koperal Muhamad Aizat Afiq Kamarudin, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 4 people and text
May be an image of 4 people, people skeet shooting and text that says '2 UTAMAKAN KESELAMATAN M 10M 7 2'

May be an image of 1 person and text

May be an image of 1 person, skeet shooting and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 5 people and text that says 'BAY'

May be an image of 2 people, people skeet shooting, dartboard and text that says 'CENTRE -FIRE S1 S2'

May be an image of 3 people


ArticlePublished 28 Jul 2023 1.56 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM