Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Beri Penghormatan Terakhir Mendiang Yuen

Diterbitkan: 02 Oct 2015 7.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Oleh : Kpl Edwind Indo Penyunting : Insp Rahim Abdul Siru Kuala Lumpur, 2 Okt – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng di Xiao En Centre di sini, pagi tadi. Mendiang adalah antara watak penting dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan pengaruh komunis khususnya Parti Komunis Malaya (PKM) di bumi Malaysia suatu
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-beri-penghormatan-terakhir-mendiang-yuen
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:01 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Rahim Abdul Siru

Kuala Lumpur, 2 Okt – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng di Xiao En Centre di sini, pagi tadi.

Mendiang adalah antara watak penting dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan pengaruh komunis khususnya Parti Komunis Malaya (PKM) di bumi Malaysia suatu ketika dahulu.

Sehingga di suatu ketika, mendiang sendiri pernah menyamar menjadi pengganas komunis semata-mata untuk mendapatkan maklumat risikan selain terlibat dalam beberapa siri penyergapan dan pertempuran pengganas komunis.

Ketua Polis Negara yang mewakili seluruh warga PDRM mengucapkan takziah kepada balu Yuen, Puan Sri Chan Choy May dan dua orang anak mendiang. Kehilangan tokoh yang banyak berjasa dalam pasukan ini semestinya dirasai oleh segenap lapisan warga PDRM.

Turut hadir majlis penghormatan itu ialah Dato’ Tajudin Md Isa, Ketua Polis Kuala Lumpur, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon dan Pegawai-pegawai kanan PDRM.

Kpn Beri Penghormatan Terakhir Mendiang Yuen

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng di Xiao En Centre
ArtikelDiterbitkan 02 Oct 2015 7.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM