Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Adakan Pertemuan Dengan Timbalan Datuk Bandar Shanghai Bincang Kerjasama Keselamatan

Published: 18 Nov 2024 10.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shanghai, 18 November 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan pertemuan dengan Timbalan Datuk Bandar merangkap Pengarah Biro Keselamatan Awam (Ketua Polis) Shanghai, H.E Deputy General Commisioner Zhang Ya Hong di sini, tengah hari tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-pertemuan-dengan-timbalan-datuk-bandar-shanghai-bincang-kerjasama-keselamatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:13 MYT
Shanghai, 18 November 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan pertemuan dengan Timbalan Datuk Bandar merangkap Pengarah Biro Keselamatan Awam (Ketua Polis) Shanghai, H.E Deputy General Commisioner Zhang Ya Hong di sini, tengah hari tadi.

Pertemuan tersebut bersempena lawatan kerja rasmi Tan Sri Razarudin ke Republik Rakyat China yang bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Turut serta dalam pertemuan dua hala antara pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia dengan Biro Keselamatan Awam Shanghai tadi ialah Ketua Pengarah Pusat Pemerintahan Shanghai, Mr. Liu Guoqing dan Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ekonomi Shanghai, Mr. Hu Binyong.

Turut serta, Timbalan Komandan Maktab Kepolisan Shanghai, Mr. Xu Min, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Shanghai, Mr. He Wei dan Timbalan Pengarah Bahagian Antarabangsa Biro Keselamatan Awam Shanghai, Mr. Yang Jiong.

Seusai pertemuan tadi, Tan Sri Razarudin bersama delegasi turut diraikan dalam satu jamuan tengah hari di dalam daerah Minhang, di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Roze Shaari, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy dan Superintenden Perhubungan Antarabangsa Bukit Aman, Superintenden Loh Pei Pei.

May be an image of 2 people, dais, the Oval Office and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 13 people and text
ArticlePublished 18 Nov 2024 10.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM