Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Ipd Tawau

Diterbitkan: 15 May 2023 3.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tawau, 15 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Sabah, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-lawatan-kerja-ke-ipd-tawau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:45 MYT
Tawau, 15 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Sabah, di sini.

Kehadiran beliau yang diiringi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali serta Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Shahabudin Abd. Manan telah disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun.
Dalam lawatan singkat yang diadakan, Tan Sri Acryl Sani berkesempatan beramah mesra dengan warga kerja IPD Tawau.

Terdahulu, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Operasi-operasi Polis Diraja Malaysia dan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Zon Selamat Sabah Timur (EZZONE) bertempat di Borneo Royale Hotel, pagi tadi.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato' Noor Sham Md Jani, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman, SAC Anuar Rosdi, Komander Pasukan Polis Marin, SAC Norzaid Mohamad Said, Ketua Polis Daerah (KPD) Tawau, ACP Jasmin Hussin dan barisan KPD serta sebahagian warga kerja IPD Tawau.

ArtikelDiterbitkan 15 May 2023 3.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM