Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Adakan Lawatan Kebajikan Ke Atas Anggota Cedera Tragedi Serangan Balai Polis Ulu Tiram

Diterbitkan: 17 May 2024 7.58 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.13 PM
Johor Bahru, 17 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kebajikan ke atas seorang anggota polis yang cedera dalam tragedi serangan di Balai Polis Ulu Tiram, dekat Hospital Sultan Ismail , di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-lawatan-kebajikan-ke-atas-anggota-cedera-tragedi-serangan-balai-polis-ulu-tiram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:31 MYT
Johor Bahru, 17 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kebajikan ke atas seorang anggota polis yang cedera dalam tragedi serangan di Balai Polis Ulu Tiram, dekat Hospital Sultan Ismail , di sini, hari ini.

Tan Sri Razarudin yang diiringi Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu berkesempatan memberikan sokongan moral kepada Koperal Mohd Hasif Roslan yang bertugas di Unit Ronda Cegah Jenayah kerana mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut dan kini berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, negara digemparkan dengan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk balai berkenaan kira-kira jam 2.54 pagi tadi. Dalam kejadian yang berlaku telah mengorbankan dua anggota polis yang sedang bertugas dan seorang lagi mengalami kecederaan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Afandi Senin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, SAC Hoo Chuan Huat dan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak.

May be an image of 4 people and hospital

May be an image of 6 people, headscarf and hospital

May be an image of 2 people and hospital


ArtikelDiterbitkan 17 May 2024 7.58 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.13 PM