
Artikel
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Zahir Ucapan Takziah Atas Kemangkatan Presiden Uae
Ketibaan beliau di kedutaan tersebut diiringi Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Zamri Yahya dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saad...
Kuala Lumpur, 17 Mei 2022 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini bagi menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Presiden UAE dan Pemerintah Abu Dhabi, Almarhum Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan.
Ketibaan beliau di kedutaan tersebut diiringi Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Zamri Yahya dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin.
Yang turut hadir menzahirkan ucapan sama tadi ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM.
Almarhum Sheikh Khalifa meninggal dunia pada 13 Mei lalu ketika umur 73 tahun.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia turut menitipkan doa dan ucapan takziah atas pemergian pemerintah tertinggi negara UAE itu.




