Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Ibu Pejabat Royal Thai Police

Diterbitkan: 12 Dec 2023 4.38 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bangkok, 13 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Royal Thai Police (RTP) dekat Phantum Wan, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-kunjungan-hormat-ke-ibu-pejabat-royal-thai-police
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:10 MYT
Bangkok, 13 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Royal Thai Police (RTP) dekat Phantum Wan, di sini.

Ketibaan beliau kira-kira jam 3.00 petang tadi telah disambut dengan Pasukan Kawalan Kehormatan Utama RTP yang terdiri daripada seorang pegawai kanan bersama 102 anggota pangkat rendah.

Seusai menerima penghormatan tertinggi daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama RTP, Tan Sri Razarudin telah dibawa ke bilik kunjungan hormat untuk mengadakan perbincangan selama satu jam dengan Deputy Commisioner General of RTP, Police General Roy Ingkapairoj.

Yang turut hadir dalam kunjungan hormat tadi ialah Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman dan ACP SLO Bangkok, ACP Mohd Hafiz Abu Bakar.

Tan Sri Razarudin yang dalam rangka lawatan kerja ke Negara Thailand, dijadual akan bersama-sama rakan sejawatannya dari RTP, Police Commisioner General Torsak Sukvimol menyaksikan Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse Edisi Ke-34 di antara Pasukan Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Pasukan Ragbi RTP yang bakal berlangsung di Stadium Ragbi Pusat Latihan RTP dekat Bandar Pattaya di Chonburi, Khamis ini.

Terdahulu pada sebelah pagi, Tan Sri Razarudin telah dibawa melawat ke Cawangan Polis Berkuda RTP yang terletak di Wilayah Bang Bon, di sini dengan disambut oleh Deputy Commisioner Metropolitan Police, Police Major General Pallop Aremla.

Menerusi lawatan tadi, Tan Sri Razarudin telah diberi penghormatan perbarisan oleh Cawangan Polis Berkuda RTP, diikuti taklimat oleh Superintendant of Mounted Police Sub Division RTP, Police Colonel Kantapon Poah sebelum dipertontonkan dengan demonstrasi pengendalian kuda.

Jadual urusan Tan Sri Razarudin di sini tengahari tadi turut dilengkapkan dengan perjumpaan bersama Duta Besar Malaysia ke Thailand, Tuan Yang Terutama Datuk Jojie Samuel.

Hadir sama, Timbalan Komander (Kejuruteraan) Pasukan Polis Marin Bukit Aman, ACP Rosli Md Yusof, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintendan Muhammad Najib Hamzah dan Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM, DSP Nurhidayah Damanhoori.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Izqhar Zainal Ibidin
 
ArtikelDiterbitkan 12 Dec 2023 4.38 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM