Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Tyt Yang Di Pertua Negeri Melaka

Published: 06 Aug 2025 8.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Melaka, 6 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-tyt-yang-di-pertua-negeri-melaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:06 MYT
Melaka, 6 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam, di sini.

Kunjungan yang diadakan di Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Ayer Keroh adalah bersempena lawatan kerja rasmi Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid ke Kontinjen Melaka di samping memperkukuh hubungan strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Kerajaan negeri.

Pertemuan ini turut menyentuh aspek keselamatan semasa serta peranan berterusan PDRM dalam memastikan kestabilan, ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat khususnya di negeri Melaka.

Turut serta dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Ketua Polis Melaka, DCP Dato' Dzulkhairi Mukhtar dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim.

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais, the Oval Office and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people and text
ArticlePublished 06 Aug 2025 8.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM