
Artikel
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Tyt Yang Di Pertua Negeri Melaka
Melaka, 6 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT)...
Melaka, 6 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam, di sini.
Pertemuan ini turut menyentuh aspek keselamatan semasa serta peranan berterusan PDRM dalam memastikan kestabilan, ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat khususnya di negeri Melaka.
Turut serta dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Ketua Polis Melaka, DCP Dato' Dzulkhairi Mukhtar dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim.