Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Pucuk Pimpinan Negara

Diterbitkan: 19 Jun 2025 9.18 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.57 PM
Putrajaya, 19 Jun 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas beberapa pucuk pimpinan negara, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-pucuk-pimpinan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:57 MYT

Putrajaya, 19 Jun 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas beberapa pucuk pimpinan negara, di sini.

Kunjungan hormat tersebut dimulakan sekitar jam 10.00 pagi dengan mengunjungi Timbalan Perdana Menteri (TPM) I merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di pejabat rasmi beliau.

Selesai pertemuan itu, Tan Sri Razarudin turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, diikuti TPM II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof.

Kesemua kunjungan hormat yang berakhir sekitar jam 2.00 petang tadi adalah bersempena persaraan beliau, selain menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan tertinggi negara dalam mendokong usahanya mengemudi Pasukan Sang Saka Biru selain memperkasa penguatkuasaan undang-undang di negara ini.

Jurugambar: Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text that says '島 KMILKPDRM SIPRIMIプサー RIANPERALIHANTENAGA NPERALIHAN TENAGA TRANSFORMASI NTRANSFORMASTAIR AIR

May be an image of ‎2 people, wedding and ‎text that says '‎0ن 正 මව IA D ASEAN‎'‎‎

May be an image of 3 people

May be an image of 4 people and text

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2025 9.18 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.57 PM