
Article
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas
Kuala Lumpur, 12 Mac 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail petang tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden dan Ketu...
Kuala Lumpur, 12 Mac 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail petang tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Yang Mulia Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz di Menara 1, Tingkat 81, Menara Berkembar PETRONAS, di sini.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan mengukuhkan kerjasama dua hala yang sedia terjalin antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan PETRONAS, sekali gus memperkukuh hubungan strategik kedua-dua pihak.
Seusai sesi berkenaan, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid bersama delegasi PDRM telah dibawa ke Pusat Kawalan Keselamatan Bersepadu (ISCC) yang beroperasi selama 24 jam. Beliau telah diberikan taklimat pengoperasian oleh Pengurus Keselamatan Kumpulan PETRONAS (Siasatan), Encik M Ikmal Hisyam Abu.
ISCC menggabungkan pelbagai sistem keselamatan ke satu pusat arahan bagi mempercepatkan respons, meningkatkan pemantauan situasi dan mengukuhkan perlindungan aset di darat dan perairan negara.
Hadir sama, barisan Pengarah Jabatan PDRM, Ketua Penolong Pengarah E8, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato’ Azman Abd Razak dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi