
Article
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Pm 20250620
Putrajaya, 20 Jun 2025 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrah...
Putrajaya, 20 Jun 2025 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim di pejabat rasminya dekat Bangunan Putra Perdana, pagi tadi.
Pertemuan yang diadakan adalah sempena persaraan beliau selain sebagai penghargaan atas sokongan padu kepimpinan negara dalam menjalin kerjasama erat bersama Polis Diraja Malaysia, khususnya dalam memperkukuh keselamatan serta mempertingkat penguatkuasaan undang-undang di seluruh negara.
Tan Sri Razarudin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Seri Anwar atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepadanya untuk menerajui Pasukan sejak 23 Jun 2023.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.