
Artikel
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Pat
Kuala Lumpur, 7 Oktober 2021 – Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkat...
Kuala Lumpur, 7 Oktober 2021 – Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang TUDM, di pejabatnya di sini.
Ketibaan beliau di Kementerian Pertahanan Malaysia kira-kira jam 9.00 pagi tadi turut disambut oleh panglima ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain, Jeneral Tan Sri Ackbal Hj. Abdul Samad TUDM dan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkasa hubungan dua hala antara Polis Diraja Malaysia dengan ATM sebagai agensi yang mengawal keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negara.
Dalam pada itu, Dato' Sri Acryl Sani turut berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Muez Abd Aziz, di pejabatnya, di sini.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Nerita Yaacob dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid.
Jurugambar: Konstabel Bryanlie Mustin







