
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Minister Of Internal Affairs Of Uzbekistan
Sepang, 12 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Minister of Internal Affairs of Uzbekistan, H.E. Lieutenant General Bobojonov Pulat Razzakovich di bilik menunggu khas bagi orang kenamaan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.
Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan lagi hubungan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara di samping bertukar pandangan serta perkongsian maklumat bagi kebaikan serantau.
Yang turut hadir, Head of Division, Administration of The President of Uzbekistan, Mr. Sergey Gordeyev, Duta Republic of Uzbekistan ke Malaysia, H.E. Ravshan Usmanov, Head of Division, Ministry of Internal Affairs of Uzbekistan, Mr. Timur Ismailov, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Suparamaniam Ramasamy dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Antarabangsa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Encik Mohd Azlan Razali.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.