
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Mdn
Putrajaya, 18 Jun 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di pejabat rasminya di Kementerian Dalam Negeri (KDN), petang tadi.
Kunjungan tersebut merupakan tanda penghargaan dan ucapan terima kasih daripada Tan Sri Razarudin atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan oleh pihak kementerian sepanjang beliau menerajui kepimpinan Polis Diraja Malaysia.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra itu, Tan Sri Razarudin turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KDN atas kerjasama erat serta komitmen berterusan kementerian dalam memperkukuhkan keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryanlie Mustin