
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Kppa
Putrajaya, 31 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato' Dr. Zulkapli Mohamed di Kompleks Jabatan perkhidmatan awam (JPA), di sini, petang tadi.
Kunjungan tersebut bersempena dengan lawatan kerja rasmi beliau bagi mengeratkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dan JPA.
Turut hadir, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan KPPA (Pembangunan), Datuk Azhar Ahmad dan Timbalan KPPA (Operasi), Dr. Aneese Ibrahim.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.