
Article
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Hakim Negara
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Hakim Negara, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salle...
Putrajaya, 5 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Hakim Negara, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara, hari ini.
Kunjungan tersebut membuka ruang perbincangan menyeluruh melibatkan pelbagai aspek berkaitan undang-undang, khususnya dalam usaha memperkukuh kerjasama antara institusi kehakiman dan Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu-isu jenayah serta mempertingkat keberkesanan pelaksanaan undang-undang di negara ini.
Turut hadir, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan, Ketua Polis Daerah (KPD) Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed dan Timbalan KPD Putrajaya, Superintenden Azari Miskon.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang









