Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Duta Besar Arab Saudi Ke Malaysia

Published: 14 Jan 2025 1.31 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 14 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, H.E Messad Ibrahim Abdullah Al-Sulaim di Pejabat Kedutaan Diraja Arab Saudi, Kompleks Pavillion Ampang, Tower B, Jalan Ampang, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-duta-besar-arab-saudi-ke-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:37 MYT
 
Kuala Lumpur, 14 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, H.E Messad Ibrahim Abdullah Al-Sulaim di Pejabat Kedutaan Diraja Arab Saudi, Kompleks Pavillion Ampang, Tower B, Jalan Ampang, di sini.

Ketibaan Tan Sri Razarudin telah disambut Pegawai Hal Ehwal Keselamatan Kedutaan Diraja Arab Saudi, Encik Muhammad Abdel Mohsen Al-Thabeti.

Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan lagi hubungan bilateral antara Kedutaan Diraja Arab Saudi dengan Polis Diraja Malaysia dalam aspek keselamatan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan Superintenden Perhubungan Antarabangsa Bukit Aman, Superintenden Loh Pei Pei.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 3 people and text

No photo description available.

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people, wedding and text

May be an image of 3 people and indoors
ArticlePublished 14 Jan 2025 1.31 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM