
Article
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Duta Arab Saudi Ke Malaysia
Kuala Lumpur, 19 Disember 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Arab Saudi ke Malaysia...
Kuala Lumpur, 19 Disember 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Arab Saudi ke Malaysia, H.E Messad Ibrahim Al-Sulaim di Pejabat Kedutaan Diraja Arab Saudi, Wisma Chinese Chamber, Kampung Datuk Keramat, di sini.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Pegawai Hal Ehwal Keselamatan Kedutaan Diraja Arab Saudi, Mohmmad Abdul Mohmsan Althobiti.
Kunjungan hormat anjuran Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) tersebut bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan bilateral antara Kedutaan Diraja Arab Saudi dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aspek keselamatan.
Kerajaan Arab Saudi turut berbesar hati menyumbangkan sejumlah naskah Al-Quran kepada PDRM dan bersetuju mempertimbangkan kuota haji tahun 2024 sebanyak mungkin kepada warga Pasukan.
Hadir sama, Timbalan Pengarah JIPS BAKA Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Penolong Pengarah JIPS BAKA Bukit Aman, SAC Hj. Md Khair Hj. Othman dan Penolong Pengarah (Agama) JIPS Bukit Aman, ACP Mohd Zuhairi Hamzah.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery




