Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Duta Arab Saudi Ke Malaysia

Diterbitkan: 19 Dec 2023 10.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 19 Disember 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Arab Saudi ke Malaysia, H.E Messad Ibrahim Al-Sulaim di Pejabat Kedutaan Diraja Arab Saudi, Wisma Chinese Chamber, Kampung Datuk Keramat, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-duta-arab-saudi-ke-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:43 MYT
Kuala Lumpur, 19 Disember 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Arab Saudi ke Malaysia, H.E Messad Ibrahim Al-Sulaim di Pejabat Kedutaan Diraja Arab Saudi, Wisma Chinese Chamber, Kampung Datuk Keramat, di sini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pegawai Hal Ehwal Keselamatan Kedutaan Diraja Arab Saudi, Mohmmad Abdul Mohmsan Althobiti.

Kunjungan hormat anjuran Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) tersebut bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan bilateral antara Kedutaan Diraja Arab Saudi dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aspek keselamatan.

Kerajaan Arab Saudi turut berbesar hati menyumbangkan sejumlah naskah Al-Quran kepada PDRM dan bersetuju mempertimbangkan kuota haji tahun 2024 sebanyak mungkin kepada warga Pasukan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JIPS BAKA Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Penolong Pengarah JIPS BAKA Bukit Aman, SAC Hj. Md Khair Hj. Othman dan Penolong Pengarah (Agama) JIPS Bukit Aman, ACP Mohd Zuhairi Hamzah.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 2 orang dan Pejabat Oval

Mungkin imej 3 orang, Pejabat Oval dan teks

Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 4 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang, Pejabat Oval dan teks


ArtikelDiterbitkan 19 Dec 2023 10.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM