Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpdrm Umum Dividen Tertinggi Dalam Sejarah Raih Keuntungan Rm50 14 Juta

Diterbitkan: 13 Jun 2025 10.23 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.57 PM
Kuala Lumpur, 13 Jun 2025 - Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) Berhad terus mencatat kejayaan membanggakan apabila merekodkan keuntungan sebanyak RM50.14 juta bagi tahun kewangan 2024, menunjukkan peningkatan berbanding RM45.02 juta pada tahun sebelumnya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpdrm-umum-dividen-tertinggi-dalam-sejarah-raih-keuntungan-rm50-14-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:19 MYT
Kuala Lumpur, 13 Jun 2025 - Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) Berhad terus mencatat kejayaan membanggakan apabila merekodkan keuntungan sebanyak RM50.14 juta bagi tahun kewangan 2024, menunjukkan peningkatan berbanding RM45.02 juta pada tahun sebelumnya.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain merangkap Yang Dipertua KPDRM dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-90 KPDRM yang berlangsung di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, di sini, pagi tadi.

Tan Sri Razarudin turut menzahirkan penghargaan terhadap kepercayaan berterusan ahli koperasi yang menjadi pemangkin kepada kejayaan tersebut.

Beliau berkata, peningkatan jumlah keanggotaan berdaftar kepada 119,922 orang berbanding 114,608 pada 2023 telah menyumbang kepada peningkatan modal yuran sebanyak RM586.6 juta dan modal syer sebanyak RM23.04 juta, masing-masing meningkat 4.9 dan 11 peratus.

“Kita amat berbangga kerana tahun ini mencatat sejarah tersendiri apabila dividen sebanyak 5.8 peratus atas modal yuran dan 9.2 peratus atas modal syer diumumkan, menjadikan jumlah agihan keseluruhan sebanyak RM36.14 juta iaitu tertinggi dalam sejarah 97 tahun penubuhan koperasi,” katanya.

Lebih bermakna, majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap pembangunan koperasi dan kebajikan warga PDRM di bawah naungan aspirasi Malaysia MADANI.

Dalam ucapannya, Dato’ Seri Anwar berkata kerajaan bersetuju menganugerahkan beberapa projek kepada syarikat di bawah KPDRM bagi menambah hasil koperasi serta meningkatkan dividen kepada lebih 100,000 anggota dan pegawai polis selain turut menekankan agar pelaksanaan projek dilakukan secara telus, cekap dan berhemah.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah sesi penyampaian pampasan takaful berjumlah RM480,500 kepada tujuh waris anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas tragis pada Mei lalu. Wang pampasan yang diterima oleh waris adalah berdasarkan caruman insurans yang diambil oleh setiap ahli koperasi.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, pesara Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal, barisan pengarah dan timbalan pengarah PDRM, barisan Ketua Polis Negeri, ahli-ahli KPDRM serta pengamal media.

Jurugambar: Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text that says 'SJN 14 PE/BALA/L A/L SU PE' 13 MEI 2 eTiQa MAEM かい ောင်မှသ်းပ်န PAMP

May be an image of 12 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text that says 'HI @HAK HAKMEIK MLIK'

May be an image of 7 people, dais and text
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2025 10.23 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.57 PM