Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpdrm Kekal Unggul Pertahan Status Koperasi Premier Tiga Tahun Berturut Turut

Published: 30 Jun 2026 8.33 AM Updated: 15 Aug 2026 7.51 PM
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail yang juga merupakan Yang Dipertua KPDRM Berhad, ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) ke-91 KPDRM di Kuala Lumpur International Hotel, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpdrm-kekal-unggul-pertahan-status-koperasi-premier-tiga-tahun-berturut-turut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:15 MYT
Kuala Lumpur, 30 Jun 2026 - Koperasi Polis DiRaja Malaysia (KPDRM) Berhad terus melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya mempertahankan pengiktirafan sebagai Koperasi Premier bagi tiga tahun berturut-turut, sekali gus membuktikan kecemerlangan dan keupayaannya sebagai sebuah institusi ekonomi yang berdaya saing serta mampan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail yang juga merupakan Yang Dipertua KPDRM Berhad, ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) ke-91 KPDRM di Kuala Lumpur International Hotel, di sini, pagi tadi.

Dalam ucapannya, Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli KPDRM atas kepercayaan, komitmen serta sokongan berterusan yang menjadi pemangkin utama kepada kejayaan dan kecemerlangan koperasi tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa KPDRM dan anak-anak syarikatnya perlu terus menjunjung prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam setiap urusan, dengan memastikan setiap amanah diurus secara berhemah, telus serta bertanggungjawab.

Beliau juga menyeru seluruh warga PDRM yang masih belum menjadi ahli KPDRM agar segera mendaftar, kerana penyertaan dalam koperasi bukan sahaja memberi manfaat kepada ahli, malah merupakan manifestasi solidariti dalam memperkukuh kesejahteraan dan ekonomi warga Pasukan secara kolektif.

Kemuncak majlis diserikan dengan penyampaian anugerah bagi empat kategori iaitu Anugerah Kontinjen Terbaik (Kategori Anggota dan Takaful), Anugerah Anggota Setia, Anugerah Anggota Bijak dan Anugerah Daerah Gemilang.
Turut berlangsung penyerahan wakalah zakat daripada KPDRM kepada PDRM yang disampaikan oleh Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi KPDRM, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid kepada Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Aida Abdul Hamid dengan disaksikan oleh Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid.

Majlis turut menyaksikan penyampaian pampasan takaful kepada tiga waris pegawai dan anggota PDRM sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan mereka kepada Pasukan.

Hadir sama, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎Majlis Perasmiar MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN ጠልቀ 90 <A MC IS ISNE 生含 8 木 新村

May be an image of text that says 'KOPERASI KOPERASIPOLISDIRAJA POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD MUI KE- 9 DISEMPURNAKA To' SERI HJ. MO KETUA POLIS NI 平

May be an image of dais and text that says 'TAHU ANUNA NAN KE- 91 29JUN2026-01JULAI2026 29 JUN 2026 01 JULAI 2026 DEWANS DEWANSUINAN, S SWERMAN, KUALA NTER

May be an image of text

May be an image of ambulance and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text that says 'GUNG AN N @HAK IAK II KOANTOL'

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of television, dais and text that says 'N N T BB:e BIN NHJ. HJ. 到2'

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎KRIIA BERHAD DIRAJA Majlis Л Perasmian MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN MILIKA TAHUNAN KE- 广ケ PAMPASAN


ArticlePublished 30 Jun 2026 8.33 AMUpdated 15 Aug 2026 7.51 PM