
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Apmm
Kuala Lumpur, 30 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Agensi...
Kuala Lumpur, 30 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Hj. Mohd Rosli Abdullah bersama delegasi di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, petang tadi.
Kunjungan tersebut bagi membincangkan pelaksanaan operasi bersama, perkongsian maklumat serta pelaksanaan latihan bersepadu antara kedua-dua agensi dalam memperkukuh keselamatan dan penguatkuasaan maritim negara.
Perbincangan turut menyentuh aspek perkongsian kepakaran dan latihan melalui penawaran kursus oleh PDRM kepada APMM sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, termasuk dalam pengurusan krisis dan ancaman keganasan.
Pertemuan itu juga memberi penekanan terhadap kolaborasi dalam pengawasan udara serta cadangan penempatan petugas PDRM di sistem pengawasan maritim bagi memperkukuh keupayaan pemantauan dan keselamatan perairan negara.
Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Mohd Taufik Toh Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Datuk Md Nazri Zawawi dan Komander Pasukan Polis Marin, SAC Shamsol Kassim.
Jurugambar: Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim