Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kotak Mencurigakan Di Dalam Bas Disangka Bom

Published: 21 May 2015 12.45 PM Updated: 15 Aug 2026 6.28 PM
Kota Kinabalu, 21 Mei - Penemuan sebuah kotak yang dilekat dengan perkataan 'Kepada Mat Bom daripada Bapak Jamalul Kira dari Semporna' mengejutkan seorang pemandu bas dan memaksanya menghubungi polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kotak-mencurigakan-di-dalam-bas-disangka-bom
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:16 MYT


Kota Kinabalu, 21 Mei - Penemuan sebuah kotak yang dilekat dengan perkataan 'Kepada Mat Bom daripada Bapak Jamalul Kira dari Semporna' mengejutkan seorang pemandu bas dan memaksanya menghubungi polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah Dato’ Salehhudin Abdul Rahman berkata kotak itu ditemui pemandu ketika bas yang dipandunya tiba di Lahad Datu dari Semporna untuk mengambil penumpang, kira-kira jam 10 malam semalam.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata bas tersebut bergerak dari Terminal Bas Semporna menghala ke Kota Kinabalu dan singgah di Lahad Datu untuk mengambil penumpang.

"Semasa di Lahad Datu, pemandu bas baru menyedari sebuah kotak berketinggian 5 inci dimuatkan di tempat simpanan barang bas dan mencurigakan dengan ayat yang tertera pada kotak berkenaan sebelum menghubungi polis," katanya.

Beliau berkata sejurus selepas itu, polis beserta unit pemusnah bom Sabah tiba di tempat kejadian dan meletupkan kotak berkenaan.

Hasil siasatan pasukan pemusnah bom mendapati kotak berkenaan mengandungi sebuah jam kunci semasa dan bukannya bom seperti yang disangka.

- BERNAMA

ArticlePublished 21 May 2015 12.45 PMUpdated 15 Aug 2026 6.28 PM