Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KERATAN AKHBAR PILIHAN: DUA PELAJAR HINA GURU DIDAKWA

Diterbitkan: 12 Mar 2021 9.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 12 Mac 2021 - Dua pelajar yang gambar mereka viral kerana menconteng baju sekolah dipakai dengan catatan menghina guru pada 3 Mac lalu, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini semalam, atas pertuduhan menghina atau berbaur lucah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kota-bharu-12-mac-2021-dua-pelajar-yang-gambar-mereka-viral-kerana-menconteng-baju-sekolah-dipakai-dengan-catatan-menghina-guru-pada-3-mac-lalu-didakw
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:37 MYT

Kota Bharu, 12 Mac 2021 - Dua pelajar yang gambar mereka viral kerana menconteng baju sekolah dipakai dengan catatan menghina guru pada 3 Mac lalu, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini semalam, atas pertuduhan menghina atau berbaur lucah.

Kedua-dua tertuduh yang berusia 17 tahun mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Mereka mengaku bersalah memakai baju yang mempunyai tulisan bermaksud menghina atau lucah sehingga mengganggu keamanan setempat kerana dipakai di tempat awam di Bulatan Chempaka, Kota Bharu, jam 4 petang, pada 3 Mac lalu.

Dua remaja berkenaan didakwa mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum mengikut akta sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, S Gayathri, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Nazriani Nik Abd Rahman.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh dijamin RM100 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jun bagi sebutan semula kes dan laporan akhlak.

Awal bulan ini, tular di media sosial menyaksikan dua individu yang menunggang dan membonceng motosikal memakai baju sekolah dengan tulisan menghina guru.

Selasa lalu, Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Shafien Mamat dilaporkan berkata, polis mengeluarkan lima saman trafik terhadap dua pelajar terbabit dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sumber: Berita Harian Online

May be an image of 1 person, standing and text
ArtikelDiterbitkan 12 Mar 2021 9.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM