Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Gombak, 17 November -
"PDRM menyokong usaha-usaha Program Kor Suksis sebagai sayap polis
dalam konteks menjaga keamanan dan penerapan budaya polis ini adalah
tepat dan sebolehnya menjadi role-model kepada pelajar-pelajar
lain," ujar YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah
Jabatan Logsitik PDRM, dalam ucapannya sempena Majlis Pelancaran Program
Anak Angkat Suksis UIAM, hari ini.
Program Anak Angkat
Suksis UIAM ini juga julung-julung kali diadakan kerana program ini
adalah kerjasama secara terus di antara Jabatan Logistik PDRM dan Kor
Suksis UIAM.
Pengarah Jabatan Logistik PDRM ini menambah,
melalui program seumpama ini, kedua-dua pihak akan turut mendapat
manfaat berterusan di mana pelajar-pelajar ini akan mendapat pendedahan
dengan dunia kepolisan, pengukuhan pengetahuan berkenaan undang-undang,
disiplin dan sebagainya.
Sinergi ini juga sedikit sebanyak
mampu memperkasakan PDRM dengan efektif dalam penyampaian perkhidmatan
kepada masyarakat dan memberi kesedaran bahawa keamanan dan pencegahan
adalah tanggungjawab bersama.
Tambahnya lagi, program
seumpama ini mencerminkan elemen kemasyarakatan yang terpuji dan
menyumbang kepada pembentukan pegawai dan anggota PDRM di masa hadapan.
Sebelumnya,
beliau telah memberi jaminan kepada beberapa penyelesaian permasalahan
yang diutarakan oleh Pegawai Penyelaras Kor Suksis UIAM yang antaranya
ialah pemberian kenderaan untuk kemudahan pengangkutan anggota-anggota
Kor Suksis UIAM Gombak.
Majlis pada hari ini bermula seawal 9 pagi dengan upacara kawad perbarisan serta persembahan 'silent drill'
daripada anggota Kor Suksis UIAM dan berakhir sekitar 1 petang dengan
Majlis Menandatangani MoU - Pemeteraian Anak Angkat Kor Suksis
IIUM(UIAM) Oleh Jabatan Logistik PDRM.
Turut hadir, YDH DCP
Dato' Haji Tun Hisan bin Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, Y.Bhg
ACP/KS Prof Dato' Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, Komandan Kor Suksis
UIAM Gombak merangkap Rektor UIAM Gombak, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan
wakil-wakil media.






Perbarisan anggota Kor Suksis UIAM.

YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan bin Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor

YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logsitik PDRM


Nyanyian lagu NEGARAKU.

YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah memeriksa perbarisan anggota Kor Suksis UIAM.

Pentas Utama...

Bacaan doa sebelum majlis bermula.

Tayangan slide dan taklimat daripada pegawai penyelaras Kor Suksis UIAM Gombak.

Ucapan aluan oleh Y.Bhg ACP/KS Prof Dato' Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, Komandan Kor Suksis UIAM Gombak.

Ucapan perasmian YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logsitik PDRM.


Majlis menandatangani MoU-PEMETERAIAN ANAK ANGKAT KOR SUKSIS UIAM Gombak.



Penyampaian
cenderahati antara YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah dan
Y.Bhg ACP/KS Prof Dato' Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin.
Jurufoto : L/Kpl Irfan bin Bujang dan Konst.Muhammad Iqtar b. Azmi
Wartawan: L/Kpl Irfan bin Bujang