Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah

Published: 11 Jun 2014 7.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
PDRM menyokong usaha-usaha Program Kor Suksis sebagai sayap polis dalam konteks menjaga keamanan dan penerapan budaya polis ini adalah tepat dan sebolehnya menjadi role-model kepada pelajar-pelajar la..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kor-suksis-martabatkan-objektif-polis-dalam-konteks-mencegah-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:14 MYT

Gombak, 17 November - "PDRM menyokong usaha-usaha Program Kor Suksis sebagai sayap polis dalam konteks menjaga keamanan dan penerapan budaya polis ini adalah tepat dan sebolehnya menjadi role-model kepada pelajar-pelajar lain," ujar YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logsitik PDRM, dalam ucapannya sempena Majlis Pelancaran Program Anak Angkat Suksis UIAM, hari ini.


Program Anak Angkat Suksis UIAM ini juga julung-julung kali diadakan kerana program ini adalah kerjasama secara terus di antara Jabatan Logistik PDRM dan Kor Suksis UIAM.


Pengarah Jabatan Logistik PDRM ini menambah, melalui program seumpama ini, kedua-dua pihak akan turut mendapat manfaat berterusan di mana pelajar-pelajar ini akan mendapat pendedahan dengan dunia kepolisan, pengukuhan pengetahuan berkenaan undang-undang, disiplin dan sebagainya.


Sinergi ini juga sedikit sebanyak mampu memperkasakan PDRM dengan efektif dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dan memberi kesedaran bahawa keamanan dan pencegahan adalah tanggungjawab bersama.


Tambahnya lagi, program seumpama ini mencerminkan elemen kemasyarakatan yang terpuji dan menyumbang kepada pembentukan pegawai dan anggota PDRM di masa hadapan.


Sebelumnya, beliau telah memberi jaminan kepada beberapa penyelesaian permasalahan yang diutarakan oleh Pegawai Penyelaras Kor Suksis UIAM yang antaranya ialah pemberian kenderaan untuk kemudahan pengangkutan anggota-anggota Kor Suksis UIAM Gombak.


Majlis pada hari ini bermula seawal 9 pagi dengan upacara kawad perbarisan serta persembahan 'silent drill' daripada anggota Kor Suksis UIAM dan berakhir sekitar 1 petang dengan Majlis Menandatangani MoU - Pemeteraian Anak Angkat Kor Suksis IIUM(UIAM) Oleh Jabatan Logistik PDRM.


Turut hadir, YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan bin Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, Y.Bhg ACP/KS Prof Dato' Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, Komandan Kor Suksis UIAM Gombak merangkap Rektor UIAM Gombak, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.

Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Perbarisan anggota Kor Suksis UIAM.

Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan bin Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor

Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logsitik PDRM

Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Nyanyian lagu NEGARAKU.

Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah memeriksa perbarisan anggota Kor Suksis UIAM.

Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Pentas Utama...

Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Bacaan doa sebelum majlis bermula.

Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Tayangan slide dan taklimat daripada pegawai penyelaras Kor Suksis UIAM Gombak.

Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Ucapan aluan oleh Y.Bhg ACP/KS Prof Dato' Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, Komandan Kor Suksis UIAM Gombak.

Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Ucapan perasmian YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logsitik PDRM.

Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Majlis menandatangani MoU-PEMETERAIAN ANAK ANGKAT KOR SUKSIS UIAM Gombak.

Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Kor Suksis Martabatkan Objektif Polis Dalam Konteks Mencegah Jenayah
Penyampaian cenderahati antara YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah dan Y.Bhg ACP/KS Prof Dato' Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin.

Jurufoto : L/Kpl Irfan bin Bujang dan Konst.Muhammad Iqtar b. Azmi
Wartawan: L/Kpl Irfan bin Bujang

ArticlePublished 11 Jun 2014 7.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM