Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Koperal Sokongan Mohd Azad Terima Surat Penghargaan Daripada Tengku Permaisuri Selangor

Published: 15 Apr 2020 2.49 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 15 April 2020 - Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menganugerahkan surat penghargaan kepada Koperal/Sokongan Mohd Azad Azady Mohd Tarmizee dari Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kerana menyelamatkan seekor anak anjing yang terjatuh di dalam longkang ketika melakukan rondaan Op Covid-19, baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/koperal-sokongan-mohd-azad-terima-surat-penghargaan-daripada-tengku-permaisuri-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:25 MYT

Shah Alam, 15 April 2020 - Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menganugerahkan surat penghargaan kepada Koperal/Sokongan Mohd Azad Azady Mohd Tarmizee dari Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kerana menyelamatkan seekor anak anjing yang terjatuh di dalam longkang ketika melakukan rondaan Op Covid-19, baru-baru ini.

Surat penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Pembantu Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Tuan Muhammad Syahir Hasan bertempat di IPD Shah Alam, di sini.

Video tindakan Koperal/Sokongan Azady yang dirakam oleh rakannya di Jalan Keluli, Seksyen 7 itu telah tular di laman sosial dan mendapat reaksi positif di kalangan masyarakat pelbagai bangsa.

Sumber : Polis (IPD) Shah Alam

Image may contain: 3 people, people sitting, people standing, table and indoor

Image may contain: 2 people, people sitting

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

Image may contain: 4 people, people sitting, screen, office and indoor

Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: 4 people, people standing

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 2 people, people standing
ArticlePublished 15 Apr 2020 2.49 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM