
Koperal Sokongan Mohd Azad Terima Surat Penghargaan Daripada Tengku Permaisuri Selangor
Shah Alam, 15 April 2020 - Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menganugerahkan surat penghargaan kepada Koperal/Sokongan Mohd Azad Azady Mohd Tarmizee dari Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kerana menyelamatkan seekor anak anjing yang terjatuh di dalam longkang ketika melakukan rondaan Op Covid-19, baru-baru ini.
Surat penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Pembantu Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Tuan Muhammad Syahir Hasan bertempat di IPD Shah Alam, di sini.
Video tindakan Koperal/Sokongan Azady yang dirakam oleh rakannya di Jalan Keluli, Seksyen 7 itu telah tular di laman sosial dan mendapat reaksi positif di kalangan masyarakat pelbagai bangsa.
Sumber : Polis (IPD) Shah Alam