Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012

Published: 12 Jun 2014 1.33 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Bukan mudah untuk menjadi seorang yang inovatif dan kreatif. Kedua-dua ciri ini sudah pasti memerlukan kesungguhan dan komitmen untuk menghasilkan yang terbaik. Apa yang penting, orang-orang yang kre..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/konvensyen-kumpulan-inovatif-dan-kreatif-pdrm-tahun-2012
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:25 MYT
"...Bukan mudah untuk menjadi seorang yang inovatif dan kreatif. Kedua-dua ciri ini sudah pasti memerlukan kesungguhan dan komitmen untuk menghasilkan yang terbaik. Apa yang penting, orang-orang yang kreatif dan inovatif tergolong dalam kalangan mereka yang positif dari segi sikap dan perlakuan..."

Kuala Terengganu – 25 Jun 2012
 
"Golongan ini tidak gentar mencari kelainan atau mencuba sesuatu yang baru, walaupun mencabar dan perlu menghadapi rintangan. Walaupun ramai di antara kita mempunyai ciri-ciri positif ini, namun tidak semua berpontesi dan berani bekerja sebagai satu kumpulan dalam suasana kompetitif, ucap YDH SAC Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu sempena Majlis Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat PDRM Tahun 2012 pada pagi ini di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & SPA, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Turut hadir di majlis perasmian ialah YDH SAC Dato' Rusli bin Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidik dan Pembangunan), YDH SAC Dato' Hamzah bin Md Jamil,Timbalan Ketua Polis Terengganu, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Terengganu, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan serta para peserta.

Konvensyen KIK PDRM 2012 merupakan salah satu inisiatif PDRM untuk mengutarakan pelbagai idea baru berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif serta menerapkan konsep knowledge-based dan creativity-driven bagi membolehkan organisasi menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambahan kepada  dalam perkhidmatan di samping melahirkan warga PDRM yang menjadi peneraju (trend setter) dalam melaksanakan pengurusan kepolisan seharian.

Penyertaan 12 kumpulan yang dibahagikan kepada dua kategori, Kategori Teknikal (5 projek) dan juga Kategori Pengurusan (7 projek) ini akan mencetuskan idea yang kreatif dan inovasi, hasil daripada pembentangan projek mereka yang dipraktikkan dalam skop penugasan dan variasi budaya kerja mereka.

Konvensyen KIK PDRM 2012 dinilai oleh barisan panel penilai, di ketuai oleh Encik Hasrizal bin Zainul, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kreatif dan Inovatif Intan Wilayah Tengah (INTENGAH), Tuan Haji Omar bin Othman, Pengurus Kecemerlangan Organisasi, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Puan Eda Mariati binti Awang, Penolong Pengarah, Bahagian Transformasi Sektor Awam, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Penilaian Pemarkahan Persembahan Kumpulan pula dibahagi kepada 8 kriteria, iaitu pemilihan masalah/projek penambahbaikan, penjelasan masalah/projek penambahbaikan, penggunaan teknik-teknik penyelesaian masalah, tindakan pembetulan dan pelaksanaan, pencapaian hasil projek, tindakan penyeragaman, penilaian kumpulan dan persembahan projek.

YDH SAC Dato' Jamshah bin Mustapa juga berharap, pendedahan, pengalaman dan cabaran yang dilalui sepanjang pertandingan ini akan terus dimanfaatkan  sehingga berupaya mencetuskan satu anjakan dari segi prestasi dan budaya kerja, terutamanya dalam bidang-bidang yang kritikal disamping melonjakkan  kedudukan PDRM sebagai pasukan inovatif yang mampu memberikan perkhidmatan yang efektif selari dengan tema Konvensyen KIK PDRM 2012  iaitu 'Pasukan Inovatif Perkhidmatan Efektif'.

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
TARGET...Tajuk Projek: Sistem lampu isyarat tembak pistol sedia ada tidak efisien

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kategori Teknikal, Kumpulan Dinamik dari Jabatan Logistik Pengangkutan Teknikal IPK Kedah

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Pembentangan dari Kumpulan Dinamik , Tajuk Projek ; Pengubahsuaian lori biasa kepada Black Maria dan pelbagai kegunaan

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kategori Pengurusan ; Kumpulan RODA dari IPD Ipoh, Perak

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Pembentangan bertajuk Pengendalian Laporan 24 jam

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Pembentangan kumpulan RODA

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kategori Pengurusan, Kumpulan 'F' Transform dari IPD Petaling Jaya

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Tajuk Projek ; Kesukaran mengutip dan mengetuk kelongsong peluru di lapang sasar

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Pembentangan ... menunjukkan jenis-jenis peluru kepada barisan panel

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Mesin mengutip dan mengetuk kelongsong peluru..

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kategori Pengurusan, Kumpulan Smart COPS dari IPD Subang Jaya

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Pembentangan dengan Tajuk Projek' Penambahbaikan sisitem dan kecekapan siasatan PDRM

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Antara peserta yang terlibat

Antara Pegawai-pegawai Kanan Polis yang hadir

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kanan.. SAC Dato' Shamsiah binti Mohd Shariff, Ketua Penolong Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) bersama Pegawai-Pegawai Kanan PDRM

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012  
Antara Dif-Dif jemputan yang hadir

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012  
Antara Urus Setia Jawatankuasa Kerja Konvensyen KIK PDRM yang terlibat..

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Gimik perasmian oleh Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terangganu

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Persembahan leser gimik perasmian

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Insp. Muzawira bin Mohamed bersama Insp. Nurul Azmila binti Azman selaku pengacara majlis

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Penyampaian cenderahati kenangan

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kumpulan Target dari Briged Utara PGA, Ulu Kinta, Perak dengan tajuk projek Sistem Lampu Isyarat Tembak Pistol Sedai Ada Tidak Efisien

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kumpulan Dinamik dari Jabatan Logistik Pengangkutan Teknikal IPPK Kedah, dengan projek Pengubahasuaian Lori Biasa Kepada Black Maria

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kumpulan Roda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Perak dengan projek Pengendalian 'Laporan 24 Jam'

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kumpulan T-Ganu Team dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dengan projek Terengganu Police Area Surveillance

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kumpulan Transformasi dari Bahagian Teknologi Maklumat , Jabatan Logistik, Bukit Aman dengan projek Penghasilan Buku Telefon Setiap Tahun

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kumpulan Stride-GT dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dengan projek User Oil Recycle Machine

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Salah seorang peserta kumpulan Stride-GT menunjukkan sijil perakuan kepada barisan juri penilai

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Demosntrasi alat User Oil Recycle Machine

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kumpulan Naco dari Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dengan projek Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kumpulan U7 dari Unit Pasukan Simpanan Persekutuan Seremban dengan projek I-Smart Tactical Vest (I-STV)

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Pelan binaan I-Smart Tactical Vest (I-STV)

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kumpulan Bestari dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields Kuala Lumpur dengan projek Kurangnya Integrasi Anggota Mobile Patrol Vehicle (MPV) Dengan Masyarakat

Kumpulan Perintis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Teluk Intan dengan projek Kit Lap Dan Printer Untuk Kegunaan Pegawai Penyiasat Dan Penolong Pegawai Penyiasat

Beg Kit Lap Dan Printer Untuk Kegunaan Pegawai Penyiasat Dan Penolong Pegawai Penyiasat

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Ulasan oleh Encik Hasrizal bin Zainul selaku Ketua Panel Penilai KIK PDRM 2012

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
SAC Dato' Rusli bin Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) menyampaikan ucapan alu-aluan

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
SAC Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu menyampaikan ucapan perasmian

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Barisan Panel Penilai KIK PDRM 2012

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Kategori Pengurusan, Kumpulan Target dari Briged Utara PGA Ulu Kinta

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2012
Pembentangan ....

Foto dan Berita:
Sjn Zaiddin Dahalan & L/Kpl Edwind Indo
ArticlePublished 12 Jun 2014 1.33 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM