Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Konvensyen Icc Dan Qe Wilayah Tengah 2013

Diterbitkan: 12 Jun 2014 7.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Bahagian Bantuan Teknik (D6) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur masing-masing telah berj..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/konvensyen-icc-dan-qe-wilayah-tengah-2013
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:31 MYT

SHAH ALAM, 3 JULAI - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyertai Konvensyen ICC dan QE/5S yang berlangsung pada 2 dan 3 Julai 2013 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). 

Konvensyen anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini merupakan platform terbaik bagi organisasi awam dan swasta untuk mempersembahkan projek-projek kreatif dan inovatif bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dan Kategori Projek Team Excellence (ICC). Majlis penyampaian anugerah dan sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC.

Kumpulan dari Pusat Pendaftar Pasukan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Bahagian Bantuan Teknik (D6) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Cawangan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur masing-masing telah berjaya mendapat Anugerah Emas dalam kategori QE/5S dari 21 kumpulan yang bertanding.

Bagi kategori ICC pula, PDRM yang diwakili oleh Kumpulan Bunga Api dari Bahagian Persenjataan, Jabatan Logistik Bukit Aman telah berjaya meraih Anugerah Emas dan Kumpulan Target dari Briged Utara, PGA Ulu Kinta telah mendapat Anugerah Perak dari 81 kumpulan yang bertanding.

Sekitar persembahan daripada para peserta...

Kategori ICC: Kumpulan Target - Anugerah Perak..

Konvensyen Icc Dan Qe Wilayah Tengah 2013
Kategori ICC: Kumpulan Bunga Api - Anugerah Emas..

Konvensyen Icc Dan Qe Wilayah Tengah 2013
Kategori QE: PDRM Kontinjen Kuala Lumpur - Anugerah Emas..

Konvensyen Icc Dan Qe Wilayah Tengah 2013

Konvensyen Icc Dan Qe Wilayah Tengah 2013
Kategori QE: Bahagian Bantuan Teknik (D6) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman - Anugerah Emas..

Konvensyen Icc Dan Qe Wilayah Tengah 2013
Kategori QE: Jabatan Pengurusan Bukit Aman - Anugerah Emas..

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 7.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM