Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kontraktor Didakwa Tawar Rasuah Rm500 000 Kepada Pegawai Pol

Published: 17 Jun 2014 8.45 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Johor Bahru, 14 Ogos - Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan rasuah RM500,000 kepada seorang pegawai polis pada April lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kontraktor-didakwa-tawar-rasuah-rm500-000-kepada-pegawai-pol
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:25 MYT

Johor Bahru, 14 Ogos - Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan rasuah RM500,000 kepada seorang pegawai polis pada April lepas.

Zulkifli Ali, 49, dituduh menawarkan rasuah itu kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Muar ASP Abdul Ghani Talib sebagai dorongan untuk melepaskannya daripada ditangkap kerana kesalahan memiliki dadah mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah nombor 2C, Blok C, Pangsapuri Indah, Jalan Salleh, Muar pada 2.45 petang, 12 April lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa SPRM, Ridzuan Abd Malik di hadapan Pegawai Pendaftar Mahkamah Sesyen Johor Baharu Norhidayah Abdul Manaf.

Norhidayah membenarkan Zulkifli, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin RM20,000 namun tertuduh gagal membayarnya. Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 18 Sept depan.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.45 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM