Kontraktor Didakwa Tawar Rasuah Rm500 000 Kepada Pegawai Pol
Johor
Bahru, 14 Ogos - Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan rasuah RM500,000
kepada seorang pegawai polis pada April lepas.
Zulkifli
Ali, 49, dituduh menawarkan rasuah itu kepada Ketua Bahagian Siasatan
Jenayah Narkotik Muar ASP Abdul Ghani Talib sebagai dorongan untuk melepaskannya daripada ditangkap kerana kesalahan memiliki dadah mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dia
didakwa melakukan kesalahan itu di rumah nombor 2C, Blok C, Pangsapuri
Indah, Jalan Salleh, Muar pada 2.45 petang, 12 April lepas.
Pertuduhan
dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta yang
sama.
Jika
sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda
tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau
RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.
Pendakwaan
dikendalikan pegawai pendakwa SPRM, Ridzuan Abd Malik di hadapan
Pegawai Pendaftar Mahkamah Sesyen Johor Baharu Norhidayah Abdul Manaf.
Norhidayah
membenarkan Zulkifli, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin RM20,000
namun tertuduh gagal membayarnya. Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 18
Sept depan.
Sumber : BERNAMA