
Kontinjen Melaka Penutup Tirai Siri Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Kpn
Melaka, 7 Ogos 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor mengakhiri siri lawatan kerja rasmi beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka setelah melengkapkan siri lawatannya di IPK Sarawak dan IPK Selangor, bulan lalu.
Siri lawatan kerja rasmi Timbalan KPN tersebut bertujuan menyampaikan amanat khas disamping beramah mesra dengan lebih dekat bersama warga Polis Melaka.
Lebih bermakna buat Dato' Pahlawan Mazlan lagi, kunjungan ke Kontinjen Melaka itu diserikan dengan majlis ringkas perasmian Gazebo Anting Putri di perkarangan IPK, semalam sebagai menghargai jasa dan bakti beliau di dalam Pasukan selama ini.
Terdahulu, beliau yang tiba bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Farihah Mohd telah disambut mesra oleh Ketua Polis Melaka, DCP Dato’ Mat Kasim Karim dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, Datin Hayati Dali di Padang Kawad IPK Melaka, pagi tadi.
Seusai membuat pemeriksaan baris terhadap Kawalan Kehormatan Utama, Dato' Pahlawan Mazlan dan isteri turut berkunjung ke pejabat Dato' Mat Kassim bagi sesi kunjungan hormat yang turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Tuan Mohd Nor Yhazid Idris dan isteri, Puan Zalina Zainudin.
Beliau kemudiannya diiring ke Dewan Serbaguna IPK Melaka bagi menyampaikan amanat khas kepada warga Polis Melaka yang turut dihadiri oleh Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Amanat beliau antara lainnya menyeru segenap lapisan warga PDRM supaya sentiasa mengamalkan sikap profesional ketika bertugas dan memberikan perkhidamatan terbaik buat masyarakat khasnya penduduk negeri Melaka.
Turut berlangsung di dalam auditorium IPK Melaka ialah sesi amanat Datin Farihah bersama warga PERKEP Kontinjen Melaka.
Sebelum bertolak pulang, Dato' Pahlawan Mazlan bersama pucuk pimpinan Polis Melaka turut menunaikan solat fardhu Jumaat di Surau Perumahan Polis Seri Temenggung serta berpeluang menyantuni penduduk setempat.
Hadir sama, barisan Ketua Jabatan IPK dan Ketua Polis Daerah Melaka, Pegawai Turus Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Dr. Shazrin Azlin, pegawai kanan PDRM serta rakan-rakan media.
Ketua Polis Melaka, DCP Dato’ Mat Kasim Karim bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor bergambar kenangan bersama ahli keluarga.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor memeriksa barisan Kawalan Kehormatan.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor memeriksa barisan Kawalan Kehormatan.
Sesi perjumpaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor bersama Ketua Polis Melaka, DCP Dato’ Mat Kasim Karim.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menyampaikan amanat kepada warga Polis Melaka
Ketua Polis Melaka, DCP Dato’ Mat Kasim Karim menyampaikan ucapan aluan.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menyampaikan amanat kepada warga Polis Melaka.
Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, Datin Hayati Dali menyampaikan cenderahati kepada Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Farihah Mohd.
Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Farihah Mohd menyampaikan amanat kepada warga Polis Melaka.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor bersama pucuk pimpinan Polis Melaka menunaikan solat fardhu Jumaat di Surau Perumahan Polis Seri Temenggung.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor bersama pucuk pimpinan Polis Melaka menunaikan solat fardhu Jumaat di Surau Perumahan Polis Seri Temenggung.
Sekitar majlis perasmian Gazebo Anting Putri di perkarangan IPK, semalam sebagai menghargai jasa dan bakti beliau di dalam Pasukan selama ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor merasmikan Gazebo Anting Putri di perkarangan IPK, semalam sebagai menghargai jasa dan bakti beliau di dalam Pasukan selama ini.