'Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami'
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan
SEMENYIH -
15 September 2012. Hari ini, Kem Batalion 4, Pasukan Gerakan Am,
Semenyih, Kajang, meriah dengan kehadiran lebih kurang 3,000 orang ramai
yang tidak putus, berpusu pusu menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya
Aidilfitri Jabatan KDN/KA, bermula seawal jam 11 pagi.
Bertemakan
'Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami', Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang
juga bergandingan dengan Jabatan KDN/KA mengadakan Program Polis Bersama
Masyarakat.
Tetamu
istimewa, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua
Polis Negara telah meluangkan masa menghadiri majlis ini dan disambut
oleh YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA.
Turut
hadir, mantan-mantan Pegawai Kanan Polis, Timbalan-timbalan Pengarah,
Ketua Polis Negeri, Ketua-ketua Jabatan serta pemimpin masyarakat
tempatan.
Tetamu telah disajikan dengan pelbagai juadah yang enak dan dihiburkan oleh beberapa artis tempatan.
Pelbagai acara menarik turut disediakan seperti cabutan nombor bertuah, gerai-gerai pameran serta kenderaan PDRM
YDH
Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara
bersama YDH CP Dato’ Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA
juga turut menyampaikan 'duit raya' kepada kanak-kanak dan juga orang
kurang upaya.

Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara...
Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Jabatan KDN/KA















Persembahan menghiburkan tetamu...







Antara gerai-gerai yang menyediakan pelbagai juadah yang enak-enak








'Duit Raya' kepada kanak-kanak dan orang kurang upaya

Pelakon Popular, Farid Kamil menerima Sijil Penghargaan Rakan Cop

Sambutan Hari Jadi yang jatuh pada hari ini, 15 September 2012

Timbalan Ketua Polis Negara bergambar kenangan



Cabutan Nombor Bertuah...
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Komuniti Sejahtera Komitmen Kami
Betemakan 'Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami', Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang juga bergandingan dengan Jabatan KDN/KA mengadakan Program Polis Bersama Masyarakat..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/komuniti-sejahtera-komitmen-kami
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.