Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Komited Tangani Acaman Militan

Diterbitkan: 13 Mar 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Terdapat rakyat Malaysia dikesan sudah menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan selatan Filipina yang kemudiannya kembali dengan tekad untuk mengembangkan rangkaian militan mereka di negara ini
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/komited-tangani-acaman-militan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:54 MYT

Salam sejahtera, salam 1Malaysia. 

Sungguhpun Malaysia tidak terdedah kepada serangan langsung oleh kumpulan pengganas, namun negara berdepan dengan elemen ekstremis tempatan yang terpengaruh dengan fahaman radikal yang merasakan diri mereka terpanggil untuk berjihad di negara bergolak sepeti Afghanistan, Syria, Palestin dan selatan Filipina. Terdapat rakyat Malaysia dikesan sudah menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan selatan Filipina yang kemudiannya kembali dengan tekad untuk mengembangkan rangkaian militan mereka di negara ini. Hubungan mereka dengan elemen militan di peringkat antarabangsa yang dikenali ketika menghadiri latihan ketenteraan dan ‘berjihad’ di luar negara digunakan untuk mempengaruhi rakyat tempatan bagi menyertai perjuangan jihad yang terpesong. 

Kita juga berhadapan dengan ancaman keselamatan yang mengaitkan aktiviti keganasan antarabang sa terutamanya Al Qaeda, Jemaah Islamiah Liberation Tigers of Tamil Eelam (LITE) dan lain-lain yang menggunakan Malaysia sebagai pusat transit, perkumpulan semula (regrouping), kegiatan merekrut anggota baru. perolehan logistic, kewangan dan usaha mendapatkan simpati warga tempatan terhadap perjuangan mereka. 

Pembaca budiman, ancaman dan cabaran keselamatan negara yang dihadapi ketika ini adalah borkait rapat dengan kegiatan domestik yang berbentuk subversif pelampau perkauman dan agama, sabotaj dan keganasan yang dilakukan oleh individu, organisasi atau pihak yang mempunyai kepentingan tertentu termasuk juga kegiatan jenayah dan aktiviti dadah. 

Antara ancaman terkini yang menjadi perhatian seluruh dunia adalah pergerakan kumpulan radikal Negara Islam ataupun IS. Pergolakan di rantau Teluk Khususnya di Iraq dan Syria memberikan satu impak yang be sar kepada polilik antarabangsa dan kemunculan militan IS ini menimbulkan kerisauan seluruh masyarakat dunia. 

Perjuangan IS perlu ditolak kerana kumpulan ini cepat dan mudah menjatuhkan hukuman kepada manamana pihak yang tidak sehaluan dengan ideologi mereka yang menolak konsep demokrasi. Walaupun demokrasi bukanlah satu konsep yang mutlak dalam sistem pemerintahan, namun ia di terima majoriti negara di dunia pada hari ini bagi mencapai kestabilan politik. Ini berlawanan dengan perjuangan IS yang bukan hanya menolak sistem demokrasi secara total, bahkan memusuhi dan memerangi mereka yang mendokong konsep ini. 

Tindakan ganas IS membunuh tawanan perang secara /alim dan kejam serta layanan terhadap kelompok yang tidak sealiran dengan mereka melalui keganasan mencemar imej Islam yang sememangnya menolak sebarang bentuk keganasan. Ini memusnahkan usaha pembetulan terhadap imej Islam yang dibawa oleh golongan moderat bagi mengikis persepsi negatif yang dimomokkan oleh pihak tertentu yang memusuhi Islam.
Umumnya, ancaman terrorisme di Malaysia berada di tahap terkawal berikutan operasi tangkapan ke atas Elemen utama kumpulan militan yang beroperasi di negara ini. Tindakan pembanterasan secara langsung berjaya melumpuhkan keupayaan operasi kumpulan militan yang cuba bertapak di Malaysia.

Semenjak Disember 2001, seramai 311 individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan di Malaysia sudah ditangkap mengikut undang-umdang sedia ada di antaranya termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Langkah Khas) (SOSMA) 2012 dan Akta Imigresen 1959/63. Semua individu yang ditangkap disyaki terbabit dalam kegiatan militan sama ada di Malaysia ataupun dalam kegiatan menggunakan Malaysia sebagai pusat transit, perkumpulan semula, kegiatan merekrut ahli baru, memperolehi bantuan dana / logistik ataupun menggunakan Malaysia sebagai pusat transit bagi merancang operasi serangan di negara ketiga.
Segelintir rakyat Malaysia percaya penyertaan mereka dalam konflik di Syria adalah jalan untuk mati ‘syahid' yang berbalas syurga. Mereka menganggap perang di Syria adalah perang ke jalan Allah mengikut ajaran dan acuan mereka. Seramai 59 rakyat Malaysia kini berada di Syria bagi menyerrai perjuangan kumpulan militan di negara itu termasuk IS.

IS juga mempengaruhi segolongan rakyat Malaysia yang berniat untuk melakukan perjalanan ke Syria bagi menyerrai perjuangannya. Setakat ini seramai 65 individu ditangkap kerana terbabit dalam kegiatan yang mempunyai hubung kait dengan perjuangan militan di Iraq dan Syria. 

Ini Termasuk lima daripada mereka yang sudah kembali ke Malaysia, manakala tujuh lagi warga Malaysia pula terkorban dalam pergolakan di Syria dan Iraq, Kepulangan mereka juga akan meningkatkan risiko keselamatan yang mana dengan pengalaman perang mereka serta latihan yang di terima semasa di Iraq dan Syria akan mempertingkatkan keupayaan bagi melakukan serangan di dalam dan luar Negara. Malaysia dilihat berisiko menjadi pusat pembiakan elemen pengganas sekiranya tindakan tegas tidak diambil bagi menyekat penularan ideologi ini.
PDRM sudah memantau aktiviti merekrut warga Malaysia untuk di hantar ke Syria sejak pertengahan 2011, iaitu beberapa bulan semenjak tercetusnya konflik di negara itu.Tindakan awal PDRM sudah menyaksikan tangkapan demi tangkapan yang membabitkan elemen daripada sel pengrekrutan militan ke Syria. 

Isu konflik di Syria mendapat sokongan pelbagai pihak di dunia termasuk warga Malaysia. Mereka berpendapat IS adalah satu-satunya kumpulan yang boleh menegakkan Negara Islam secara total dan menganggap negara di Benua Arab yang lain tidak mengamalkan pentadbiran kerajaan Islam sepenuhnya. 
Tambahan pula mereka menganggap perjuangan di Syria adalah mengikut kehendak Islam menjelang akhir zaman dan ia berbalas syurga sekiranya pejuang Islam gugur di medan perang di negara berkenaan. 

Terdapat ‘inteligen' mengenai perancangan elemen IS untuk melancarkan serangan di lokasi tertentu di Malaysia, namun ia dapat dipatahkan dengan tindakan proaktif PDRM menangkap elemen yang menjadi penggerak utama sel militan berkenaan dan sekali gus melumpuhkan keupayaan operasi mereka. Elemen yang ditangkap juga dilaporkan sudah menjalani hubungan dengan kumpulan militan di Asia Tenggara dan Asia Selatan dalam usaha memperkembangkan pengaruh dan keupayaan operasi mereka. 

Kerajaan Malaysia tidak sama sekali memandang ringan ancaman IS kerana ia member impak besar kepada keselamatan Negara. Usaha pencegahan perlu dilakukan bagi mengelak rakyat Malaysia daripada terus terjebak dalam aktiviti militan di zon konflik di Iraq dan Syria. 

Sejajar dengan cabaran ini dan selari dengan tindakan negara luar yang sudah memperkenalkan undang undang antikeganasan. kerajaan mencadangkan satu undang-umdang baru yang sesuai digubal untuk membanteras dan mengambil tindakan terhadap rakyat Malaysia terbabit dalam kegiatan militan dan kumpulan pemgganas.

Di samping itu, Akta Kesalahan Keselamatan (langkah Iangkah Khas) (SOSMA) 2012, POCA dan Kanun Keseksaan wajar diperkasakan. Adalah diharapkan Kertas Putih yang sudah disediakan dapat menjelaskan mengenai bahaya IS dan tahap ancaman kepada keselamatan Negara. Risiko keselamatan yang berpunca daripada IS jelas menunjukkan masalah ini perlu diatasi segera melalui penggubalan satu undang-undang khusus.

Pembabitan rakyat Malaysia da lam kegiatan militan atas nama Islam memburukkan imej negara dan menjejaskan kesucian agama itu sendiri. Seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan pegangan politik perlu menolak ideologi ekstrem dan yakin bahawa konsep wasatiyyah atau kesederhanaan adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan Negara.
Malaysia terus komited untuk bersama masyarakat antarabangsa dalam menangani ancaman keganasan. Kerajaan yakin kerjasama ini akan turut menyumbang ke arah memperkukuhkan lagi keselamatan negara. Semua langkah ini akan memantapkan lagi usaha kerajaan untuk menangani ancaman radikalisme, ekstremisme dan sebarang aktiviti keganasan. 

Bagi PDRM, kami akan sentiasa berusaha mengumpul segala risikan berhubung sebarang aktiviti keganasan dan mengambil tindakan susulan untuk menangkap serta mendakwa anasir terrorisme di bawah undang-undang yang berkaitan demi keselamatan rakyat dan keamanan negara. 

Penulis Ketua Polis Negara.

Komited Tangani Acaman Militan

ArtikelDiterbitkan 13 Mar 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM