Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Komander Baru Unit Udara Polis

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH ACP Kamarulzaman bin Md Jan, Timbalan Komander UUP (Operasi) telah dinaikkan pangkat ke Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) dan menjawat jawatan, Komander Unit Udara Polis..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/komander-baru-unit-udara-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:56 MYT
Kuala Lumpur - 1 Julai 2011. Pada pagi ini, bertempat di Pangkalan Unit Udara Polis, Sg. Besi, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam telah menyempurnakan pemakaian pangkat Komander dan Timbalan Komander (Operasi), Unit Udara Polis.

YDH ACP Kamarulzaman bin Md Jan, Timbalan Komander UUP (Operasi) telah dinaikkan pangkat ke Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) dan menjawat jawatan, Komander Unit Udara Polis dan SUPT. S. Sathiya Seelan, Pegawai Turus Gerakan/Risikan, UUP pula dinaikkan pangkat Asisten Komisioner Polis dan menjawat jawatan Timbalan Komander (Operasi) Unit Udara Polis.

YDH SAC Kamarulzaman bin Md Jan memulakan kerjaya dalam Polis Diraja Malaysia pada 15.06.1976 sebagai Inspektor Percubaan. Beliau mengikuti Kursus Penerbangan Juruterbang PDRM  di Malaysia Flying Academy pada 1 Ogos 1982 dan merupakan kumpulan pertama mengikuti kursus tersebut. Kini, beliau adalah Komander Unit Udara Polis yang ke 7, menggantikan YDH SAC Dato' Chuah Chee Lye yang telah bertukar dan menjawat jawatan Ketua Polis Melaka.

"Kita mesti buktikan bahawa Unit Udara Polis boleh menjalankan tugas bukan untuk terbang sahaja, tetapi boleh juga menjalankan lain-lain tugas kepolisan yang di amanahkan oleh pucuk pimpinan PDRM', ucap YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid.

"Jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, ikhlas dan memartabatkan Polis Diraja Malaysia sebagai penguatkuasa undang-undang terunggul di tanah air" amanat YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid kepada Komander UUP dan juga Pegawai-pegawai Kanan Unit Udara Polis.

Hadir di Majlis Pemakaian Pangkat Komander dan Timbalan Komander (Operasi), Unit Udara Polis ialah YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1 Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Sueb bin Abdullah, Timbalan Pengarah II (Operasi), YDH SAC Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Khas, Komander-komander di Jabatan KDN/KA, Pegawai-pegawai Kanan serta Pegawai Awam Unit Udara Polis dan juga PERKEP Unit Udara Polis, diketuai oleh Y.Bhg Puan Aini binti Ramli, Pengerusi PERKEP UUP.


Komander Baru Unit Udara Polis
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam hadir di Majlis Pemakaian Pangkat Komander dan Timbalan Komander (Operasi), Unit Udara Polis.

Komander Baru Unit Udara Polis
hadir...Antara Komander-komander dibawah Jabatan KDN/KA

Komander Baru Unit Udara Polis
Pegawai-pegawai Kanan serta Pegawai Awam Unit Udara Polis dan juga PERKEP Unit Udara Polis juga turut hadir

Komander Baru Unit Udara Polis
Pengarah Jabatan KDN/KA memakaikan pangkat Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) kepada YDH ACP Kamarulzaman bin Md Jan, menjawat jawatan Komander Unit Udara Polis

Komander Baru Unit Udara Polis
SUPT. S. Sathiya Seelan, Pegawai Turus Gerakan/Risikan, UUP pula dinaikkan pangkat Asisten Komisioner Polis dan menjawat jawatan Timbalan Komander (Operasi) Unit Udara Polis.

Komander Baru Unit Udara Polis
Ucapan dan amanat oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

Komander Baru Unit Udara Polis
Menandatangani Buku Pelawat...

Komander Baru Unit Udara Polis
Beramah mesra sebelum meninggalkan majlis..


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM