Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kira Kira Rm200 000 Lesap Dua Mesin Atm Dipecah Di Ampang

Published: 06 May 2016 6.35 AM Updated: 15 Aug 2026 7.29 PM
Kuala Lumpur, 6 Mei- Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai kira-kira RM200,000 selepas memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar di Ampang awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kira-kira-rm200-000-lesap-dua-mesin-atm-dipecah-di-ampang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:58 MYT

Kuala Lumpur, 6 Mei- Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai kira-kira RM200,000 selepas memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar di Ampang awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, kumpulan itu dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk memecahkan mesin ATM milik dua bank berlainan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata suspek masuk ke premis berkenaan melalui tandas yang terletak berhampiran mesin itu.

"Mereka memecahkan dinding di dalam tandas berkenaan untuk masuk ke pasar raya dan memecahkan dua mesin ATM sebelum melarikan diri," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata polis percaya kejadian itu dilakukan lebih daripada dua orang suspek.

"Kami akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya ini untuk memburu kesemua suspek," katanya.

Hamzah berkata kes berkenaaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun serta denda.- BERNAMA

ArticlePublished 06 May 2016 6.35 AMUpdated 15 Aug 2026 7.29 PM