Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Khidmat Polis Tanpa Batasan Bangsa Dan Keadaan

Published: 11 Jun 2014 9.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
PDRM tetap komited membantu tanpa mengira bangsa walaupun tanpa peralatan dan kelengkapan yang sesuai...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/khidmat-polis-tanpa-batasan-bangsa-dan-keadaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:58 MYT

Sandakan - 28 Feb 2012

Tidak disangka-sangka, sebuah panggilan kecemasan yang diterima Rabu lepas oleh Pihak Polis Marin Sandakan rupa-rupanya dibuat daripada sepasang suami isteri pelancong asing dari negara Turki.

Menurut Polis Marin Sandakan, Sabah, setelah menerima panggilan yang datang daripada sebuah kapal layar, sepasukan polis Marin telah berkejar ke lokasi tersebut. Didapati isteri pasangan pelancong tersebut telah mengalami komplikasi buah pinggang sewaktu mereka sedang menikmati pelayaran di sekitar perairan Sandakan, Sabah.

Tindakan pantas Polis Marin Sandakan telah membawa mangsa ke pangkalan terdekat serta menghubungi pihak hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Khidmat Polis Tanpa Batasan Bangsa Dan Keadaan
Khidmat Polis Tanpa Batasan Bangsa Dan Keadaan
Bot jenis Water Cat yang tidak mempunyai kemudahan untuk menyelamat yang terpaksa digunakan Polis Marin Sandakan

Khidmat Polis Tanpa Batasan Bangsa Dan Keadaan
Mangsa tiba di pangkalan

Khidmat Polis Tanpa Batasan Bangsa Dan Keadaan
Mangsa dikejarkan ke Hospital Sandakan menggunakan ambulan

Sumber : Polis Marin Sandakan, Sabah
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo

ArticlePublished 11 Jun 2014 9.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM