Khemah Urut Batin Dalam Premis Diserbu
22 Mac 2015: Sebuah premis mengurut yang menyediakan khidmat urutan batin dalam khemah antara tujuh premis maksiat yang diserbu Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) di sekitar Bandar Puteri Puchong, Selangor, semalam.
Dalam operasi bermula jam 8 malam itu, polis menahan 53 wanita warga asing dari Vietnam, China, Thailand dan Indonesia selepas dipercayai menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.
Seramai 19 individu yang dipercayai penjaga premis yang terdiri daripada 13 warga tempatan dan enam warga asing turut ditahan.
Sumber: Berita Harian